Keduanya sinonim dengan orang kita lebih - lebih lagi dengan pelepak tegar macam aku ni. Kalau sehari tak lepak dengan member - member macam ada yang tak kena je rasanya. Macam ada yang tak lengkap. Mungkin ianya sudah menjadi rutin seharian ku sejak dahulu lagi. Tapi tapi, lepak biar bertempat. Waktu solat ingat juga. :)
Pengenalan pun dah tamat. Pendek je kan?
Aku sebenarnya nak bercerita akan TEKANAN yang hari - hari kita dok maki hamun sana sini, marah sana - sini, bebel, dan menangis kerana tertekan pun ada. Yang paling teruk, sampai ketawa mengilai kerana tertekan. Gila kot kalau dah sampai tahap tu.
Dalam kehidupan kita seharian, kita tidak akan pernah lepas dari situasi tertekan atau lebih gemar kita panggil
tension. Kadang nak dapat satu hari tanpa tekanan tu pun sebulan sekali je kan? Ikutlah pada jenis orang tu macam mana. Kadang ada orang tu, kita nampak dia happy macam tak ada masalah, tetapi silap, dia juga banyak masalah macam kita, cuma dia expert dalam mengawalnya. Macam aku ni, plus dengan course yang aku amik ni, dah sah sah la tertekan. Adui
------------------------------------------------------------------------
Tekanan dengan projek." Argghh, kenapa la assignment aku ni banyak sangat?! Kalau dah submit kena redo balik. Agrhhh!
Dengan kereta.
" Aduhh, time ni lah dia nak buat hal. Asal start tak boleh hidup lak ni. Gua dah lambat ni, ada meeting lagi "
Dengan teddy bear." Awak memang kejam! sampai ati awak buat sayerww macam ni! awak ada perempuan lain! mencikk!!mencikk!! " anak patung dan handphone dibaling ke tepi katil sebagai tanda protes.
Haha. *Gedik. *Bukan aku. "
Dengan duit.
" Duit..duit..! Aku perlukan duit untuk terus hidup. Macam mana nak buat projek final aku ni?? "
Tekanan dengan dia laki/girl." Argghh, kenapa la dengan dia ni! Aku cakap sedikit, merajuk! Aku marah sedikit merajuk! Tekanan la macam ni! "

Macam - macam benda yang boleh menekan perasaan kita tanpa kita sedar yang kita sedang tertekan. Itu belum fikir lagi yang putus cinta-sampai-mati-gilagila-sayang-terlanjur semua tu. Sanggup nak bunuh diri terjun - terjun bangunan bagai, potong - potong nadi pun ada. Suruh potong bawang pun menangis - nangis, lagi nak potong nadi. Kebijaksanaanya menjengkelkan.
" Tapi kalau dah tekanan nak buat macam mana bro? "
Yang bertanya ni pun kelenjar peluhnya tersumbat barangkali. Aku rasa tak perlu lagi tanya sebab ada sejuta cara nak releasekan kemarahan atau tekanan kita ni di jalan yang betul dan tak menyusahkan orang lain atau makbapak kita sendiri.
Ada agama?
Bagus, masa tekanan ni lah kita dating - datinglah dengan tikar sejadah, kenal balik hukum - hukum idgham, iqlab, ihfak semua tu. Kalau rasa tekanan sangat, pergi masjid berjemaah konfem hati tenang. Cari kitab yang lama ko tak bukak tu, alunkan lagu dia seindah kau mampu. Rasa nak bunuh orang pun dengan kuasaNya boleh hilang kalau kau ikhlas hendak hilangkannya keranaNya juga.
" Tapi saya dah memang tak kenal agama dari kecik, tu saya nak bunuh diri! "
Ok, kalau macam tu sekalipun, ada banyak lagi cara nak hilangkan tekanan. Rileks. Korang mesti ada benda favorite kau buat kan? macam pergi makan ke, main bowling ke, apa ke, tryla keluar dengan kawan - kawan hilangkan tension. Kalau tak boleh hilang tension sekalipun, cukuplah korang ada masa untuk korang fikir INDAHNYA dunia ni kalau aku tak tension - tension macam ni.
Cuba cerita dengan kawan - kawan masalah, jangan pendam. Ada kawan baik, khabarkanlah masalah tu. Bila dah luah, mesti hati ada sedikit tenang punya. Lagi - lagi perempuan, sebab perempuan ni emosi dia sekali dah stabil, segala benda bodoh dia berani buat. Menakutkan kadang - kadang.
Aku tak ada mood nak bercerita panjang kali ni. Cukuplah sekadar geli - geli telinga baca. HAHA
Buat yang tekanan tu, cuba bawak bertenang, fikir relevannya sesuatu tu sebelum melakukan tindakan. Doa pada Pencipta kau supaya memberikan laluan yang betul pada hidup kau. Tak susah, semuanya tak perlukan Tuhan Manusia di dalam dompet kulit kau untuk kau bertenang. Modalnya cuma masa.
"Duduk, rileks dan berfikirlah. Kita ada akal sebagai senjata, hati sebagai pejuang dan Agama sebagai jalan perjuangan. Perjuangan yang paling besar ialah menempuh hidup kita seharian dalam menujuNya."
-Dr. Am -
*Dari tekanan tak sudah, baik lepak depan rumah aku. Aku buatkan air teh o atau kopi, kita minum sesama bincang apa problem. Korang boleh praktikkan dengan sesiapa untuk hilangkan tekanan ok!!
**Jangan bunuh diri, direct ke neraka tanpa hisab nanti kang. Korang nak?
***Gua tekanan dengan orang yang kaki mengkritik dari sudut satu hala. Dunia ni besar peniti jarum je ke? Taksub politik, Poorahh!